Rumah ku

Rumah ku
Bandar Putra

Monday, July 12, 2010

kelana 2



...Rinnngggggg...Ringggggg... jam loceng berbunyi menandakan sudah pukul 5 pagi... Aku tersentak dari lamunan mimpi yang tidak ku ketahui jalan ceritanya.. "abang... dah pukul 5 ni.. bangun laa... nanti lewat" isteriku mengoyangkan tubuh ku dipembaringan. Sudah lama dia bangun mengemas kain yang terlipat dalam bakul... "hemmm.. sedapnya tido.. kan baik kalau tak ada kuliah hari ini." rungut ku dalam hati..

Aku bingkas bangun, menyiapkan diri, mandi.. solat... perlu diselesaikan sebelum pukul 5.30. Jika lewat, alamat aku perlu menjadi salah seorang pemandu F1 bagi mengejar masa. Alhamdulilah, semua kelengkapan dan bahan mengajar telah dikemaskan malam tadi sebelum tidor. Isteri tercinta setia menanti... melihat bag baju ku... apa yang kurang dan tiada,..''.... ditambah dan diadakan..

Tepat pukul 5.25 pagi, aku sudah di dalam kereta untuk memulakan perjalanan. Ketika kebanyakan manusia beradu dibuai mimpi.. kecuali mereka-mereka yang tidak alpa menunaikan solat tahjud dan bermunajat kepada Allah di sepertiga malam seperti yang disarankan oleh Alquraan dan sunnah.. Aku bersendirian ditemani lagu irama 60 an berkumandang dari corong radio klasik FM... radio pilihan ku sebagai teman perjalanan..

Jalan kelihatan basah... rupanya hujan malam tadi, patutlah lena sangat tidur ku.. Perjalan awal pagi amat tenang.. keadaan jalan lengang.. sesekali kenderaan lalu laju... Pandangan agak terhad dihalang kabus yang agak tebal... Fikiran ku melayan lagu-lagu 60an.... Tak semena aku mula tebayang kenangan suka duka diwaktu kecil... waktu aku melangkah kaki ke alam persekolahan...

"Nan... bangun.. "laungan kuat ibu menusuk telinga... nak terkeluar anak tekak ibu ku... tapi aku masih membatu dan membisu dalam kelambu di satu sudut ruang tamu. Gigitan pijat tidak menjadi kudis kepada ku.. kerana lenanya beradu... "Nan.. bangun" laungan dan henjutan kuat pada tubuhku. Kakak ku mengerakkan aku bangun untuk kesekolah. Jam dinding menunjukkan pukul 5.30 pagi ketika itu... 6.00 pagi waktu Mahadhir. Dalam keadaan mamai... berat hati dan jasad, aku bangun menyahut pangilan.. waktu itu, kami terpaksa mandi di luar rumah... Setiap 6 buah rumah disediakan satu paip air... Terpaksa lah aku dan kakak serta abg ku mengharungi kesejukan pagi... mandi air sejuk sesejuk salji... sememangnya sejuk.. itu lah keadaan malam di Grik yang berkedudukan 1000 kaki atas aras laut.. siangnya panas mencecah 37 C dan malamnya sejuk membeku.. hinggakan minyak masak terpaksa dipanas sebelum boleh digunakan.

"Sejukkkkk.... " perkataan yang terpancul dari mulut ku apabila air paip membasahi tubuh.. hanya dua kali cedok air sudah cukup menggigilkan otot2 badan... Kadang kala... kalau aku bersendirian.. alamat mandi koboi... hemmm rasanya lebih sesuai mandi redindian... sebab hanya colekan air di mata seperti lakunan P Ramli... Kalau mandi koboi.. lebih baik sebab koboi akan gosok gigi dan basuh muka...serta lap tuala basah di badan..

Ibu setia bangun seawal pukul 4.00 pagi.. menyediakan juadah untuk sarapan... Abah ku... amat tekun tanpa mengira penat dan lelah sudah bersedia dengan pakaian seragamnya untuk ke pejabat... Hissss... pejabat!!! bukunya batang getah.. pensil nya pisau penoreh getah... itu lah kerjaya rata-rata penduduk di Felda Bersia... Abah siap sedia menunaikan tugasnya... untuk memberikan tenaga, ibu telah menyediakan abah dengan telor separuh masak dan kopi pekat segelas... unik sekali... Abah akan mencampurkan telur dengan air kopi menjadi kopi susu.. itulah minuman kesihatan setiap harinya.. Seawal 6.30 pagi, abah berbasikal tua ke kebun getah yang terletak 7 km dari rumah untuk memulakan tugas hariannya...

Aku telah siap untuk kesekolah... dengan seluar pendek blue black dan baju berlengan pendek.. agak baru.. diawal tahun persekolahan... Kami dibekalkan wang 10 sen untuk santapan waktu rehat pukul 10.00 nanti. Setelah bersarapan ubi rebus dan kopi pekat... aku, abang dan kakak memulakan perjalanan ke sekolah yang jaraknya lebih 2 km. Keadaan kabus tebal mengiringi perjalanan kami... baju ku yang kering telah terasa lembab dik kabus. Jauh dihadapan terlihat bayang-bayang kelam murid merentasi kabus kesekolah... Itu lah keadaan ku ketika itu... Tiada bas.. Tiada kereta.. Tiada motosikal.. malah tiada basikal untuk kesekolah.. tak seperti anak-anak ku kini yang semuanya tersedia... pergi dihantar.. balik dijempunt...

Papan tanda menunjukkan persimpangan Yong Peng Utara... aku mebelokkan kereta keluar dari Highway utara-selatan... Untuk ke kuantan aku perlu melalui jalan biasa atau jalan persekutuan.. bermula dari pekan Yong Peng.. Lamunan panjang ku tadi terhenti.. Gadis penjaga tol masih dalam keadaan mengantuk mencengkang mata sepajang malam agaknya.. Aku berhenti di Tol Yong Peng Utara untuk ketandas dan Menunaikan Solat Subuh ... ketika itu jam menunjukkan 6.25 pagi......

No comments:

Post a Comment