Rumah ku

Rumah ku
Bandar Putra

Friday, July 9, 2010

Kelana 1'

"yess... dapat pun..." terpancul dari mulut ku sepontan... aku baru menerima surat tawaran mengajar program part time di kertih dari ketua jabatan program luar... bukanlah satu berita menarik bagi setengah orang... tapi bagi ku ia merupakan peluang untuk aku berkelana di hujung minggu disamping dapat menambah sedikit pendapatan tambahan bagi masa 4 bulan mendatang.... maknanya setiap dua minggu di hari jumaat dan sabtu aku akan berada di cukai satu bandar unknown city... peluang untuk bertukar angin.. selatan kepada angin timur amat dinantikan. Terbayang satar, ikan bakar yang fresh, nasi dagang, keropok dan pelbagai lagi juadah santapan yang jarang dan sukar ditemui di tempat lain. Lokasinya dipersisiran pantai timur amat mengashikkan dan diserikan dengan aliran air sungai kemaman membelah pekan cukai menambahkan keindahan penorama alam. Aku sedar.. mulai minggu ini aku akan berkereta diawal pagi untuk sampai di sana sebelum kuliah bermula. Perjalanan yang agak jauh, memakan masa 5 jam perlu ditempuhi.. sudah tentu memenatkan. Selamat berkelana.........

No comments:

Post a Comment