Salam anak-anak semua
abah saja hantar email ni just as remainder kepada anak-anak tentang tangung jawab dalam kehidupan. Harap anak2 semua ambil perhatian dan bagi masa untuk membaca dan meneliti isi kandungan email ni. Isu yang akan abah utarakan;
1. Tangungjawab kepada Allah
2. Tangung Jawab anak-anak dalam keluarga terutamanya kepada kedua ibu bapa
3. Tangung Jawab membina keluarga
Berhubung perkara pertama, iaitu tangung jawab kita sebagai hamba Allah kepada pencipta kita iaitu Allah telah jelas dan terang, rasa-rasanya masing-masing telah ada ilmu tentang hal ini. Dah tau rukun iman dan rukun Islam yang merupakan tonggak kepada kehidupan kita. Apa yang abah nak tekankan, adalah berkaitan dengan rukun Islam yang pertama iaitu Solat. Pada masa skg ni.. ramai yang telah mengabaikan solat. Seangkan solat merupakan tanggak kepada agama dan merupakan satu cara kita berhubung dengan Allah. Melalui solat kita sebenarnya berdoa kepada Allah agar kita ni sentiasa dalam peliharaannya.. Rasanya semua anak-anak tau hal ini.
Besar ertinya solat dalam kehidupan kita. Kita tak boleh pandang ringan atau ambil ringan. Ramai yang berkata berdasarkan pengalaman hidup.... " Kehidupan kita bergantung kepada solat"... memang betul. Contohnya menjaga waktu solat. Bagi orang yang berdisiplin, dia akan mejaga waktu solat. Solat dilakukan dalam waktunya dan sesegera mungkin.. tidak bertangguh. Inshaallah dalam kerja yang lain pun dia tak akan bertanguh.. Kalau orang yang suka menangguhkan kerja... kemungkinan besar solatnya juga selalu ditangguhkan.. selalu dilewatkan.
Jangan sekali-kali meninggalkan waktu solat. Satu waktu yang kita tinggal, tak akan boleh diganti dan banyak kerugiannya. Bukan itu saja, meninggalkan solat merupakan sebahagian dari DOSA BESAR. Berat tangungannya.
Jika sempurna solat kita.. inshaallah akan sempurna agama kita. Orang yang betul2 solat akan meninggalkan kerja2 yang mungkar dan melaksanakan yang makruf. Kalau perempuan tu akan menjaga aurat2 nya.. tak lah terbogel sana sini...
setakat ini dulu... untuk siri yang akan datang.
No comments:
Post a Comment