Rumah ku

Rumah ku
Bandar Putra

Monday, April 18, 2011

Nostalgia Rumah Usang 2

Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung... itu lah bidalan orang tua-tua yang penuh dengan erti dan makna... di mana kita bertapak.. disitu kita berpijak... setiap bumi dipijak penuh dengan pengertian dan hanya dimengerti oleh mereka yang benar2 mengerti..

Penghijrahan ke penempatan baru.. dengan suasana baru, jauh dari keriuhan kota dan druman kederaan.. semuanya berlaku sekelip mata.. dia brtandang dan bertamu dengan suasana baru.. dengan siulan burung di pagi hari.. kiraian murai batu sambil berkicau... dengusan ungka bertangan panjang dan lutong bercelak putih di dahu... sayup-sayup bersahutan dari pergunungan... Daerah yang diumpamakan tempat jin bertendang.... Disitu kehidupannya bermula....

Sebelumnya dia menginap dirumah teres pekerja.. yang cukup alas kadar untuk berteduh dengan kejiranan melayu dan india... kini dia menghuni sebuah banglow kayu bertiang tinggi beratap asbestos... Tidak timbul masalah kasinogenik... tak terfikir akan bahaya cancer akibat habuk dan wap asbestos yang dihidu saban hari... Banglow dengan satu bilik, ruang tamu dan dapur di atas tanah seluas suku ekar rasanya cukup selesa berbanding dahulu.. Tapi kene ingat.. Ini daerah penghijrahan yang baru.. walau pun di Tanah Melayu... tetapi tetap berbeza cuaca dan suasana...

Grik... mungkin tersilap tulis... agaknya dari perkataan greece... ada cerita disebalik nama, letaknya hampir ke utara semenanjung, lebih kurang 40 km dari betong iaitu salah satu pintu sempadan siam-malaysia... persinggahan popular bagi setengah lelaki mencari saki baki kenikmatan dunia yang berdaki hitam... Istilah perempuan siam.. mencuit hati.. digambarkan senyuman mesra.. semanis madu.. layanan gemalai selembut bayu... Itu lah anggunnya jenama siam.. hinggakan buah-buahan siam menjadi juadah diidamkan... Jambu siam... Mempelam siap.. Dokong siam.. Beras siam... Durian siam... semuanya melambangkan kualiti tersendiri... kemanisan yang tersendiri ... seiras gadis siam yang menggoda..

Tarikan betong membawa seribu makna... bagi para isteri, mereka akan tersentak jika sang suami dikatakan melancung ke betong... Bagi keluarga akan tergambar kegembiraan bila ayah ibu adik dan kakak bercadang melawat betong.. Rasa tersentak dan rasa gembira atas dua sebab berebeza...

Tersentak kerana takut-takut jikalau suami terkene kenyitan mata gadis betong yang menggoda.. manakan tidak.. bukan hanya kerana dosa dari noda.. tetapi berkemungkinan sang suami membawa bala... tika itu sudah menular sakit lelaki bernama SIPLIS... Anunya bernanah dan menjangkiti pasangan.... Doa disimpang maklaikat 44... Rasa gembira kerana telah tergambar barang berjenama siam yang sentiasa dinanti.....

Grik .. walau pun daerah hulu yang sukar dihubungi kerana kedudukannya hampir dipergunungan.. ketinggian 1000 kaki dari aras laut... tetapi telah tercatat dalam sejarah penentangan terhadap pendudukan jepung di Tanah Melayu.. Disitu lah tempat di mana army force 46 dicampak dari udara ditengah belantara setelah diterbangkan beribu batu dari congo Afrika oleh tentera british... Di daerah itu lah..tempat menyusun langkah penentangan di negeri perak. Sebahagian dari peneroka merupakan bekas wira jagat force 46 yang selalu bernostalgia dengan kenangan manis dan pahit ketika perang. Semangat waja kepewiraan ini dicurah ke bumi membina pengharapan dan kehidupan baru.

Daerah belantara yang baru dibuka.. memberikan penorama pagi yang amat dingin berkabus.. sejuknya membeku hingga ke tulang... pandangan berbalam-balam miski pun hanya 100 meter kehadapan... Nafas dihembus.. keluar asap persis naga... Air dikali sejuk bedi.. Minyak didapur lena ketiduran membeku... Mawas dan ungka serta lotong bersahutan kedinginan... Tapi awas bila mentari menggalah... sinar teriknya memamah tubuh amat perit sekali... ketika itu.. rumah ibarat ketuhat microwave... mengering dan menyejat air dalam tubuh... kepanasan.... Di malam hari.. tiada yang sanggup membogelkan dada... kesejukan terasa membawa ke fajar pagi......

Itulah Daerah baru... Penghijrahan baru... Teratak baru... Kehidupan baru...











No comments:

Post a Comment