Rumah ku

Rumah ku
Bandar Putra

Thursday, April 21, 2011

Kebenaran AlQuraan 1: Manusia dan Bahtera Nabi noh

Sejarah menerangkan susur galur sesuatu bangsa... Jika dijejak semula... semua kaum dan bangsa akan menjurus kepada sumber yang sama iaitu adam dan hawa... Dari Adam dan Hawa.. lahirnya umat manusia penghuni bumi yang diamanahkan sebagai khalifah mentadbir dan memakmurkan bumi... Dari masa kesemasa, Allah telah membersihkan umat manusia ini dari anasir kejahatan yang berkembang..

Pertembungan kebaikan dan kejahatan bermula dari anak Adam dan Hawa... yang melahirkan Habil dan Kabil yang seterusnya mebawa kepada peristiwa pembunuhan pertama antara umat manusia... yang bersebab dari rasa irihati dan dengki... yang juga berpunca dari wanita... Maka tak menghairankan jika Wanita dan Perasaan irihati mungkin terbit kerana harta atau mungkin kerana alasan yang lain.. menjadi sebab musabab umat manusia bertelagah dan berbunuhan antara satu sama lain..

Pembersihan pertama telah Allah takdirkan di zaman Nabi Nuh.... Bagaimana kekuasaan Allah telah menengelamkan dunia. Peristiwa banjir besar telah memusnahkan semua umat manusia yang ingkar dan hanya manusia yang beriman kepada Allah bersama makhluk tuhan yang terpilih yang selamat menaiki Bahtera Nabi Noh... Mungkin kah dunia keseluruhan tengelam dik air?... bagai mana mungkin kapal Nabi Noh yang besar itu boleh belayar di daratan?... nabi Noh membina bahtera di daratan jauh dari air laut dan sungai.. Kehendak Allah mengatasi segalanya.

Allah maha berkuasa... dan Allah telah menunjukkan kepada kita bahawa peristiwa zaman Nabi Noh adalah munasabah berlaku dan bukannya dongengan... Buktinya telah ada... Masihkah kita ingat peristiwa Tsunami yang melanda lautan pasifik selatan.. yang menengelamkan Acheh.. Srilangka... pantai utara semenanjung dan banyak lagi negara dipersisiran... Berpuluh ribu nyawa terkorban... Masih jelas terbayang dan tergambar bagai mana tsunami melanda Jepun... baru-baru ini di tayang secara langsung dalam Astro... Kedua2 peristiwa ini menunjukkan logik peristiwa yang dikesahkan oleh Alquraan.. kitab Allah meski pun diluar pertimbangan manusia.

Dari kedua2 peristiwa menunjukkan bagaimana Kapal2 besar dilaut boleh belayar di daratan malah ada yang tersadai atas bangunan tinggi... Kekuasaan Allah itu mengatasi segalanya.. Dari masa kesemasa peristiwa yang sama akan berulang.. atas jenama bencana Alam.. yang tidak langsung dipandang dari sudut Agama ... dan ketentuan Allah.. Hakikatnya bahawa semua peristiwa adalah atas kehendak dan ketentuan Allah yang mengatur kehidupan hambanya.

Monday, April 18, 2011

Hikayat Rumah Usang 3



Kebijaksanaan dan ketulusan Perdana Menteri Tu Razak tidak dapat disangkal. Sejarah telah merakamkan detik sejarah tersebut.. Begitulah halnya hati dan budi pemimpin politik di masa lampau... Tidak mengejar populariti dan tidak mengejar harta dan pangkat semata.. tetapi hati nuraninya menjelajahi kepelusuk kampung dan desa bagi memahami keperitan rakyat yang perlu dilenyap dan dibangunkan semula... Tun Razak telah mencipta gagasan Felda atau Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) bagi penghuni desa dan rakyat yang tidak berada untuk bangun membina masa hadapan baru... di perkampungan baru... dipersekitaran yang baru. Setiap mereka ini dimodalkan dengan cangkul, tajak dan parang... untuk memerah keringat dan membanting tulang bagi membangunkan tanah peladangan mini seluas 10 ekar.....

Perpindahan dari keselesaan penempatan pingir kota ke perantauan di ulu sana adalah atas dasar suka rela dan semangat tinggi memajukan diri dan keluarga...mengejar harapan baru.. Bagi kelangsungan hidup... semua pak tani.. peneroka, dibekalkan RM 67.00 sebulan untuk menyara keluarga. Terfikir juga.. cukup kah diut sebanyak itu ?..... Itulah sumber makan... minum... dan segalanya.. untuk kelangsungan kehidupan... Nilai kehidupan tidak terletak pada wang ringgit... Tekat, azam, usaha dan doa menjadi senjata ampuh untuk terus meniti setiap saat dan detik menuju ke arah kejayaan dan masa hadapan yang cemerlang... penuh keberkatan.

Setiap peneroka juga dibekalkan denga sebidang tanah suku ekar sebagai tapak rumah dimana terdiri megah banglo papan beratap asbestos... Satu bilik.. ruang tamu dan dapur menjadi mahligai indah untuk dia bersama kakak dan abang... Ruang tamu pelbagai guna.. siang dan malam dengan aktivti berbeza... Besar kecil tidak menjadi ukuran... yang penting bagaimana penerimaan hati dan perasaan... Hati kita mesti cukup besar untuk menilai keadaan....

Tahun 1967... sebelum 13 mei 1969... Negara masih dalam fasa pasca kemerdekaan yang penuh cabaran... Baru saja melalui konfrantasi dengan big brother Indonesia yang mengimpikan gagasan Indonesia Raya... diikuti konfrantasi penentangan komunis terhadap penubuhan Malaysia... Ketika itu hampir separuh tanah malaya dikategorikan kawasan hitam... Grik tak terkecuali kerana kedudukannya berhampiran sempadan Thailand dan struktur geografi dikelilingi hutan belantara gunung ganang... menjadi syurga selamat bagi gorila komentang... Disitu duduknya Chin Peng.. Rashid mohidin... Samsiah Pakih... pembesar dan inspirasi idola pembebasan malaya... Kegagalan perjanjian damai baling antara Tunku Abdul Rahman dan pembesar komunis Malaya, menyebabkan mereka menjadi penghuni belantara dan perkampungan baru yang berserakan di hulu perak.

Tragidi demontrasi baling oleh penghuni menara gading di era 60an mengambarkan tahap kemunduran di daerah baling dan daerah yang berhampiran... termasuk lah Grik.. Tanpa kemudahan.. tiada elektrik.. tiada kemudahan air yang sempurna.. diburukkan lagi dengan harga getah yang rendah.. menambah derita nestapa... Pelita minyak tanah, air perigi dan sungai menjadi sumber inspirasi kehidupan. Kemampuan kerajaan menyediakan bekalan elektrik terhad kepada generator dan loji kuasa arang batu, semuanya utuk penghuni kota. Begitu juga bekalan air paip untuk memudahan membersih dan memasak. Begitulah kehidupan di kala itu. Siang diterangi sinar mentari.. malam berbalam dalam kelam pelita ayam sambil mengharapkan bula menjelma untuk menerangi alam. Ada ketikanya perintah berkurung di malam hari... angkara komunis yang sentiasa mengintai dan mendamba rezeki dari penduduk kampung.

Dia masih teringat dihujung kampung tentera mendirikan kemah dan pejabat pemerintahan sementara untuk menjaga keamanan kampung dan desa. Setiap batelion akan bermastautin selama 3 bulan sebelum diganti dengan batelion yang baru. Tentera terdiri dari askar Melayu di Raja bertugas membuat rondaan bagi menjaga keamanan. Seolah termenterai perjanjian saling tidak bertemu antara tentera dan komunis... Komunis menghuni di belantara dan Tentera berkampung dipinggir desa.. Jejak perjalanan mereka mudah dikesan walau pun tak terserempak antara satu sama lain. Boleh dipastikan tapak kasut komunis dan tapak kasut askar melayu yang meronda... Kadang kala bersilang seli...

Yang paling mengembirakan apabila berselisih dengan konvoi tentera yang datang dan pergi apabila tempoh mastautin tamat. Setiap kali ada saja rezki ditaburkan oleh mereka para prajurit kepada penduduk dan kanak2 diperjalanan. Jem nenas.. Sardin... Kari daging.. jus minuman yang merupakan bekalan makanan yang mungkin tidak lagi membuka selera mereka. Walau pun sedikit tetapi amat memberi erti.

Meski pun dia dan rakan2 masih kanak2.. tetapi sudah terdedah dengan persenjataan... M16.. GPMG.. pistul.. Rifel.. meriam katak.. kereta perisai... semuanya sudah biasa di sentuh dan dilihat.. kadang-kadang menjadi inspirasi dalam mainan dan gurauan kanak-kanan.Sebab itu, jika ditanya apakah cita-cita bila dewasa... rata2 akan berkata ingin menjadi sebahagian dari tentera.. semuanya ingin berpakaian segak dan mengah bersenjata waja... Persekitaran ini telah mempengaruhi jiwa dia dan rakan2 sepermainan. Apa tidaknya, masing2 begitu kagum dengan kesegakan para prajurit. Terutama ketika peralihan pelatun dan batelion di kem tentera. Ketika itu, Dia dan penduduk sekitar dipertontonkan dengan pancaragam tentera.

Begitulah suasana dan penorama ketika itu.. Diluar kelihatan tenang.. tetapi hakikatnya bergelora menunggu masa untuk terjadi sengketa. Bagi penghuni kampung dan desa, sudah terbiasa... Alah bisa tegal biasa... Kadang kala terpaksa berkurung bila perintah dikeluarkan bagi mengelak bencana...




Nostalgia Rumah Usang 2

Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung... itu lah bidalan orang tua-tua yang penuh dengan erti dan makna... di mana kita bertapak.. disitu kita berpijak... setiap bumi dipijak penuh dengan pengertian dan hanya dimengerti oleh mereka yang benar2 mengerti..

Penghijrahan ke penempatan baru.. dengan suasana baru, jauh dari keriuhan kota dan druman kederaan.. semuanya berlaku sekelip mata.. dia brtandang dan bertamu dengan suasana baru.. dengan siulan burung di pagi hari.. kiraian murai batu sambil berkicau... dengusan ungka bertangan panjang dan lutong bercelak putih di dahu... sayup-sayup bersahutan dari pergunungan... Daerah yang diumpamakan tempat jin bertendang.... Disitu kehidupannya bermula....

Sebelumnya dia menginap dirumah teres pekerja.. yang cukup alas kadar untuk berteduh dengan kejiranan melayu dan india... kini dia menghuni sebuah banglow kayu bertiang tinggi beratap asbestos... Tidak timbul masalah kasinogenik... tak terfikir akan bahaya cancer akibat habuk dan wap asbestos yang dihidu saban hari... Banglow dengan satu bilik, ruang tamu dan dapur di atas tanah seluas suku ekar rasanya cukup selesa berbanding dahulu.. Tapi kene ingat.. Ini daerah penghijrahan yang baru.. walau pun di Tanah Melayu... tetapi tetap berbeza cuaca dan suasana...

Grik... mungkin tersilap tulis... agaknya dari perkataan greece... ada cerita disebalik nama, letaknya hampir ke utara semenanjung, lebih kurang 40 km dari betong iaitu salah satu pintu sempadan siam-malaysia... persinggahan popular bagi setengah lelaki mencari saki baki kenikmatan dunia yang berdaki hitam... Istilah perempuan siam.. mencuit hati.. digambarkan senyuman mesra.. semanis madu.. layanan gemalai selembut bayu... Itu lah anggunnya jenama siam.. hinggakan buah-buahan siam menjadi juadah diidamkan... Jambu siam... Mempelam siap.. Dokong siam.. Beras siam... Durian siam... semuanya melambangkan kualiti tersendiri... kemanisan yang tersendiri ... seiras gadis siam yang menggoda..

Tarikan betong membawa seribu makna... bagi para isteri, mereka akan tersentak jika sang suami dikatakan melancung ke betong... Bagi keluarga akan tergambar kegembiraan bila ayah ibu adik dan kakak bercadang melawat betong.. Rasa tersentak dan rasa gembira atas dua sebab berebeza...

Tersentak kerana takut-takut jikalau suami terkene kenyitan mata gadis betong yang menggoda.. manakan tidak.. bukan hanya kerana dosa dari noda.. tetapi berkemungkinan sang suami membawa bala... tika itu sudah menular sakit lelaki bernama SIPLIS... Anunya bernanah dan menjangkiti pasangan.... Doa disimpang maklaikat 44... Rasa gembira kerana telah tergambar barang berjenama siam yang sentiasa dinanti.....

Grik .. walau pun daerah hulu yang sukar dihubungi kerana kedudukannya hampir dipergunungan.. ketinggian 1000 kaki dari aras laut... tetapi telah tercatat dalam sejarah penentangan terhadap pendudukan jepung di Tanah Melayu.. Disitu lah tempat di mana army force 46 dicampak dari udara ditengah belantara setelah diterbangkan beribu batu dari congo Afrika oleh tentera british... Di daerah itu lah..tempat menyusun langkah penentangan di negeri perak. Sebahagian dari peneroka merupakan bekas wira jagat force 46 yang selalu bernostalgia dengan kenangan manis dan pahit ketika perang. Semangat waja kepewiraan ini dicurah ke bumi membina pengharapan dan kehidupan baru.

Daerah belantara yang baru dibuka.. memberikan penorama pagi yang amat dingin berkabus.. sejuknya membeku hingga ke tulang... pandangan berbalam-balam miski pun hanya 100 meter kehadapan... Nafas dihembus.. keluar asap persis naga... Air dikali sejuk bedi.. Minyak didapur lena ketiduran membeku... Mawas dan ungka serta lotong bersahutan kedinginan... Tapi awas bila mentari menggalah... sinar teriknya memamah tubuh amat perit sekali... ketika itu.. rumah ibarat ketuhat microwave... mengering dan menyejat air dalam tubuh... kepanasan.... Di malam hari.. tiada yang sanggup membogelkan dada... kesejukan terasa membawa ke fajar pagi......

Itulah Daerah baru... Penghijrahan baru... Teratak baru... Kehidupan baru...