Rumah ku

Rumah ku
Bandar Putra

Friday, July 1, 2011

Kebenaran AlQuraan ; Pencipta dan ciptaanNya

Genting highland.. nyaman tetapi mengerunkan bagi sesetengah pengunjung. Teringat trajidi bas terjun gaung, gegaran yang sering berlaku di bukit tinggi ditambah lagi dengan statusnya sebagai destinasi perjudian mashur dia asia tenggara satu ketika dulu. Betapa tidak... jika ditakdirkan sudah sampai saatnya Allah membalas atas kesesatan umat manusia disitu.. Pastinya gunung ganang yang merasa terbeban menyangga maksiat yang bermaharajalela selama berpuluh tahun... akan mengegarkan seluruh bagunan dan binaan atasnya yang pasti akan berguguran jatuh ke gaung yang dalam.. penuh kebinasaan...

Udara nyaman... memberi idea para sarjana memerah otak.. menilik.. menimbang.. menilai dan memutuskan setiap baris ayat yang ditintakan dalam kumputer... agaknya itulah hikmahnya dari jauh dibawa ke sana untuk berbengkel memerah kepala. Satu saat yang menjadi medan bicara.. ketika rehat menjamah rasa kuih muih dan kopi pahit.. di situ mereka berkumpul bercerita.. berbicara pelbagai topik.. dengan pelbagai bahasa dan senda... salah satu perkara yang dimuzakarahkan adalah tentang Pencipta dan yang dicipta....

Bagaimana menangkis tomahan dan agumentasi agamawan lain tentang ketuhanan. Kalau kita berkata manakan logik manusia mengangap batu.. gunung malahan binatang ternakan sebagai tuhan, seperti yang difahami sebahagian dari manusia... sedangkan benda dan bintang itu bisa dibinasakan... Begitu juga mereka agamwan di sana boleh bertanya manakah tuhan yang kamu sembah.. ibarat angin dan dongengan.... Kemelut ini hanya terlerai melalui kritisan fikiran manusia.. dan dipandu hidayah Esa.

Ada teman bicara berkata " bagaimana meyakinkan mereka itu akan Tuhan Yang Esa".. Maka rakan lain bertamsil... "hal ini mudah dijelaskan melalui analogi Pencpta dan Yang dicipta".. Ibarat manusia dan robot ciptaan. Adakah sama Robot dan Manusia pencipta. Boleh kah Robot berfungsi sama seperti orang yang menciptanya... Mampukah robot memahami sifat penciptanya...

Jawapan atas persoalanan itu.. sudah tentu tidak. Fikiran robot jika ada, amat terbatas.. pergerakan robot tidak lancar .. perasaannya tiada... robot tidak akan mampu menerbitkan zuritanya... Robot hanya mampu melakukan perkara yang diprogramkan oleh manusia... kesimpulan nya Robot tidak sama dengan pencipta dan robot tidak akan faham akan pencipta.

Begitulah manusia dan alam semesta yang diciptakan oleh Allah.. Sudah barang tentu Allah yang Maha Esa itu mempunyai ciri yang tidak akan difahami oleh manusia.. Allah itu tidak akan mempunyai tangan, kaki, mata, telinga dan sebagainya seperti manusia.. Allah bersifat diluar lingkungan kehidupan makhluknya,... bersifat berbeza dengan makhluknya. Naluri Alllah tidak sama seperti naluri manusia.... Maka Allah jauh lebih istimewa dari manusia...

Jika manusia yang dicipta penuh dengan keistimewaan pun tidak boleh disamakan dengan Allah.. bagaimana mungkin Sang Berok.. Sang Keldai.. Sang lembu... boleh disembah dan diabadikan sebagai tuhan.. Lebih memelikkan apabila batu bata yang di ukir digambarkan seperti makhluk bernyawa dijadikan sembahan dan tempat pengharapan... Begitulah bebalnya manusia...

Mahasuci Allah yang menjadikan Alam ini dan isinya penuh dengan hemah dan hikmah.. Mahapengasihnya Allah menurunkan kitab meriwayatkan dan mengkhabarkan kebenaran Allah dan ketinggian Allah sebagai pencipta... Mahabesar Allah yang mentadbir ciptaannya atas kehendaknya... Aku hamba mu yang kerdil sering lupa dan dikelirukan fikirannya akan tanggung jawab pada mu pencipta... Allahua'lam..







Monday, May 2, 2011

Hikayat Rumah Usang 4

Pagi dingin menusuk tulang... berkabus tebal.. membataskan pandangan beberapa meter dihadapan... Ayam berkokok dituruti bunyi beduk dipalu... diikuti azan bergema membelah kesepian pagi. Atuk-nenek, ibu-bapa, kakak-abang dan seisi rumah terjaga begegas menyucikan diri dari hadas kecil dan besar jika berhajat dimalam hari. Masing-masing melangkah ke kain sejadah dimana saja dirasakan selesa.... ada dirumah dan ada yang bejumaah di mursala, dengan tujuan satu untuk berbicara seketika dengan Allah memohon ampun, reda dan keberkatan dalam hidup. Biar lah miskin harta tetapi mulia disisi Allah dan sentiasa dalam keberkatannya. Keberkatan akan mencukupkan yang kurang... akan melebihkan yang cukup... melimpahkan yang lebih... Tanpa keberkatan.. Yang Lebih terasa kurang.. Yang kurang terasa macam tiada...

Ibu berpagian bangun menjerang air didapur kayu.. Masa itu.. tiada dapur gas seperti sekarang.. jauh lagi cerek elektrik... Kedinginan pagi menyukarkan ibu menyalakan api... tapi sesungguhnya kesabaran mengatasi kesukaran. Ibunya, tukang masak yang kreatif... mengatur menu sarapan pagi untuk ayah dan dia serta adik beradik. Tak lah sesukar sekarang.. untuk memilih menu sarapan pagi.. Ketika itu.. tiada nurget.. tiada roti gardania.. tiada fast food yang lain... Pilihannya terhad pada apa yang ada... Kalau ada pisang.. maka jadi lah jejemput (cucor) pisang atau pisang goreng.. jika ada betik.. jadilah cucor betik... jika ada labu maka akan ada lah cucur atau bengkang labu... Jika ada lebihan nasi malam semalam.. amat mewah dijadikan sarapan nasi goreng. Ibarat kata, apa yang ada, semuanya menjadi menu sarapan pagi sekadar memenuhkan perut yang kosong. Tiada pilihan dan tak terlintas pun untuk memilih seperti anak kita sekarang.

Selesai solat subuh, Ayah bersiap dengan seragam kerjanya... perlu segera ke pekebunan untuk melunaskan kerja tertangguh yang tidak pernah berkesudahan. Sarapan tenaga ayah amat berbeza.. malah mungkin tidak pernah tergambar kini... Kalau di hotel, kita selalu disediakan dengan telur separuh masak yang berperisakan kicap.. ladah sulah dan sebagainya... sebagai pemula sarapan... Tapi bagi ayah tiada erti pemula sarapan.. Hanya berbekalkan sebiji telur ayam kampung direndam dalam air panas mendidih... kemudian secawan kopi pekat dan pahit... menjadi sarapan saban pagi. Ini lah sarapan tenaga.. Telur suku masak dipecah ke dalam secawan besar kopi... dikacau ibarat mengacau susu dalam kopi... Dengan sekali tegukan sudah cukup memberi tenaga sepanjang pagi ke tengah hari.

Di ketika itu anak-anak masih diperaduan beralaskan tikar mengkuang bagi mengelak agin dingin masuk dari celahan lantai dan berselimutkan kain tipis. Posis badan bengkok ibarat udang selepas dipangang, menahan sejuk hingga ke tulang... Lenanya penuh dengan mimpi indah dan pengharapan baru diesok hari. Pagi, selepas sarapan... kakak dan abg sudah mula melangkah dalam kegelapan kabus pagi untuk kesekolah. Sedingin mana pun, perlu mandi sebelum kesekolah. Abg dan kakak terpaksa mandi di paip awam yang dikongsi bersama ahli keluarga dari 4 buah rumah berhampiran. Tempat madi dilingkungi dengan daun pisang kering yang di apit buluh untuk megelak dari intaian mata keranjang. Gosok gigi?... pasti... tapi tiada berus dan ubat gigi... Habis bagai mana???... Cara tradisi digunakan.. Jari menggantikan berus gigi dan arang ditumbuk halus mengantikan ubat gigi. Caranya.. basahkan jari dan cecahkan keserbuk arang dan gosokkan kepada gigi... Mudah kan!!. Itulah perkabaran dulu... Mungkin kerana amalan ini antara sebab kenapa orang2 dahulu punyai gigi yang teguh dan sihat... Tiada masalah sakit gigi dan gusi seperti sekarang.

Dia.. masih belengkor diperaduan.. tiada apa perlu difikirkan.. Diusia 6 tahun, tak perlu ke sekolah.. tiada TADIKA, TASKA atau PASTI, hanya di rumah menemani adik kembar yang baru berusia 2 tahun. Suara ibu sayup terdengar melaung dari dapur.. mengejut dia dari lena. Tapi terasa malas membuat dia membatu disitu...

Seusai kerja didapur, ibu berehat seketika sambil menikmati sarapan pagi ala kadar untuk menambah tenaga. Banyak kerja perlu diselesaikan sebelum menyediakan menu makan tengah hari. Yang pastinya, tiada erti rehat selagi mata masih celik... Kerehatan hanya dikecapi bila ibu melelapkan mata seketikan di waktu dini hari dan pertengahan malam.

Dalam kesejukan pagi, ibu sudah bersedia memulakan tugas pertama membasuh pakaian keluarga di paip awam. Kalau lambat.. alamatnya terpaksa menunggu hingga jiran tetangga selesai membasuh. Pun begitu.. hidup kejiranan di kampung saling membantu. Ada kalanya sama2 berkongsi masa dan tempat pembasuhan sambil bercerita perihal anak-anak dan keluarga. Selesai membasuh... tidak bermakna telah selesai lah tugas untuk hari itu. Ada lagi masa terluang yang perlu diisi dengan kerja yang bermanfaat membantu keluarga.. sebelum tengah hari menjelang untuk tugas besar menyediakan sarapan.

Dia.... bangun sarapan dengan hanya berkumur dan membasuh muka.. dingin terasa... jadinya tak perlu tergesa untuk mandi bersiram. Selepas sarapan dia akan kehalaman rumah meninjau setiap inci tanah.. bermain dengan rakan sebaya sambil menjenguk ibu yang sedang berkerja.. mencangkul, merumput dan sebagainya.

Tanah seluas suku ekar dimanfaatkan sebaik mungkin. Kita berusaha Allah yang memberi rezeki. Berkat usaha ibu... sekeliling rumah dipenuhi dengan pokok tanaman dan sayuran. Ubi.. pelbagai jenis: ubi sagu.. ubi kuning.. ubi pulut.. ubi keledek.. hidup subur di atas jaluran batas membentuk sempadan antara rumah dia dan jiran.. Batas ubi diselang seli dengan pepohon betik yang subur.. berbagai bentuk dan warna buahnya. Di belang rumah dibariskan dengan peredu pisang awak.. abu.. embun.. bunga.. raja... helang atau tanduk.. lemak manis.. emas.. apa saja... Disekeliling dan belakang rumah juga ditanam dengan pelbagai jenis tebu: tebu morris.. tebu hitam.. tebu cina.. tebu kuning.. tebu betong.. tebu merah.. tebu patah.. tebu bunga... apa saja.. ada bersaiz kecil dan ada bersaiz besar. Itu lah baiknya jika berbudi pada tanah. Apa saja yang dicucuk denga dimulakan kalimah bismillah dan redha kerana Allah, pasti akan dilimpahkan denga rezeki hasi yang lumayan. Disamping tanaman kontan, ibu juga tidak lupa menanam pohon buahan seperti rambutan, nangka, cempedak, mangga, kelapa...

Kegigihan ibu.. merubah penorama tanah berlalang kepada kebun untuk menampung keperluan keluarga. Tak kira apa saja jenis tanaman, yang penting dapat mengelak dari kelaparan. Ada sesuatu untuk dikudapkan diwaktu pagi dan petang.

Dia masih teringat bagaimana sekeliling rumahnya malahan rumah2 jiran sebelahannya dirimbuni oleh pepohon tebu yang berjajaran diatas batas.. begitu banyak hingga tak tergigit oleh gigi.. Dengan maufakat jiran tetangga, mereka membina mesin pemerah tebu atau dikenali mesin apit tebu.. Membina?.. yee.. mesen dibina dengan idea dan kudrat jiran tetangga. Tidak seperti mesen pemerah tebu sekarang yang dijalankan menggunakan elektrik.. Mesen apit tebu diperbuat dari rangkuman binaan batang kayu hutan yang membentuk pergerakan kayu pengapit.. alangkah moleh jika ada gambar kelasiknya.. Mesin ini perlu digerakkan secara gotong royong.. kerana perlu dikendalikan oleh sekurang2nya 3 org . Dua orang mengerakkan batang pengapit dan seorg memasukkan batang2 tebu dialur kapitan. Jumlah batang tebu yang diperah perlu banyak.. Ibu dan ayah akan menebag tebu sehari sebelum dan dia membantu mengupas tebu untuk diapit esoknya bersama kakak dan abang.

Air tebu dimasak dijadikan manisan selalunya digunakan sebagai gula untuk membuat kueh dan juga dimakan bersama ubi rebus.. Kerak dari kuali memejal dijadikan coklat untuk kudapan anak-anak. Anak2 dulu tidak mengenal coklat hudson atau apa saja jenama yang ada sekarang.. Tetapi mereka cukup gembira dengan coklat bikinan sendiri dari sisa kacauan manisan tebu.

Nostalgia ini menjadi kenangan manis yang tak mungkin menjelma masa kini.. seringkali ianya menjadi kenangan yang berkembang dalam diri dan perasaan dia dan mereka sezaman denganya yang berada jauh dari hiruk pikuk kemodernan kota. Bagi dia, kota tu asing ibarat belantara batu.... Itu lah kehidupan...


Thursday, April 21, 2011

Kebenaran AlQuraan 1: Manusia dan Bahtera Nabi noh

Sejarah menerangkan susur galur sesuatu bangsa... Jika dijejak semula... semua kaum dan bangsa akan menjurus kepada sumber yang sama iaitu adam dan hawa... Dari Adam dan Hawa.. lahirnya umat manusia penghuni bumi yang diamanahkan sebagai khalifah mentadbir dan memakmurkan bumi... Dari masa kesemasa, Allah telah membersihkan umat manusia ini dari anasir kejahatan yang berkembang..

Pertembungan kebaikan dan kejahatan bermula dari anak Adam dan Hawa... yang melahirkan Habil dan Kabil yang seterusnya mebawa kepada peristiwa pembunuhan pertama antara umat manusia... yang bersebab dari rasa irihati dan dengki... yang juga berpunca dari wanita... Maka tak menghairankan jika Wanita dan Perasaan irihati mungkin terbit kerana harta atau mungkin kerana alasan yang lain.. menjadi sebab musabab umat manusia bertelagah dan berbunuhan antara satu sama lain..

Pembersihan pertama telah Allah takdirkan di zaman Nabi Nuh.... Bagaimana kekuasaan Allah telah menengelamkan dunia. Peristiwa banjir besar telah memusnahkan semua umat manusia yang ingkar dan hanya manusia yang beriman kepada Allah bersama makhluk tuhan yang terpilih yang selamat menaiki Bahtera Nabi Noh... Mungkin kah dunia keseluruhan tengelam dik air?... bagai mana mungkin kapal Nabi Noh yang besar itu boleh belayar di daratan?... nabi Noh membina bahtera di daratan jauh dari air laut dan sungai.. Kehendak Allah mengatasi segalanya.

Allah maha berkuasa... dan Allah telah menunjukkan kepada kita bahawa peristiwa zaman Nabi Noh adalah munasabah berlaku dan bukannya dongengan... Buktinya telah ada... Masihkah kita ingat peristiwa Tsunami yang melanda lautan pasifik selatan.. yang menengelamkan Acheh.. Srilangka... pantai utara semenanjung dan banyak lagi negara dipersisiran... Berpuluh ribu nyawa terkorban... Masih jelas terbayang dan tergambar bagai mana tsunami melanda Jepun... baru-baru ini di tayang secara langsung dalam Astro... Kedua2 peristiwa ini menunjukkan logik peristiwa yang dikesahkan oleh Alquraan.. kitab Allah meski pun diluar pertimbangan manusia.

Dari kedua2 peristiwa menunjukkan bagaimana Kapal2 besar dilaut boleh belayar di daratan malah ada yang tersadai atas bangunan tinggi... Kekuasaan Allah itu mengatasi segalanya.. Dari masa kesemasa peristiwa yang sama akan berulang.. atas jenama bencana Alam.. yang tidak langsung dipandang dari sudut Agama ... dan ketentuan Allah.. Hakikatnya bahawa semua peristiwa adalah atas kehendak dan ketentuan Allah yang mengatur kehidupan hambanya.

Monday, April 18, 2011

Hikayat Rumah Usang 3



Kebijaksanaan dan ketulusan Perdana Menteri Tu Razak tidak dapat disangkal. Sejarah telah merakamkan detik sejarah tersebut.. Begitulah halnya hati dan budi pemimpin politik di masa lampau... Tidak mengejar populariti dan tidak mengejar harta dan pangkat semata.. tetapi hati nuraninya menjelajahi kepelusuk kampung dan desa bagi memahami keperitan rakyat yang perlu dilenyap dan dibangunkan semula... Tun Razak telah mencipta gagasan Felda atau Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) bagi penghuni desa dan rakyat yang tidak berada untuk bangun membina masa hadapan baru... di perkampungan baru... dipersekitaran yang baru. Setiap mereka ini dimodalkan dengan cangkul, tajak dan parang... untuk memerah keringat dan membanting tulang bagi membangunkan tanah peladangan mini seluas 10 ekar.....

Perpindahan dari keselesaan penempatan pingir kota ke perantauan di ulu sana adalah atas dasar suka rela dan semangat tinggi memajukan diri dan keluarga...mengejar harapan baru.. Bagi kelangsungan hidup... semua pak tani.. peneroka, dibekalkan RM 67.00 sebulan untuk menyara keluarga. Terfikir juga.. cukup kah diut sebanyak itu ?..... Itulah sumber makan... minum... dan segalanya.. untuk kelangsungan kehidupan... Nilai kehidupan tidak terletak pada wang ringgit... Tekat, azam, usaha dan doa menjadi senjata ampuh untuk terus meniti setiap saat dan detik menuju ke arah kejayaan dan masa hadapan yang cemerlang... penuh keberkatan.

Setiap peneroka juga dibekalkan denga sebidang tanah suku ekar sebagai tapak rumah dimana terdiri megah banglo papan beratap asbestos... Satu bilik.. ruang tamu dan dapur menjadi mahligai indah untuk dia bersama kakak dan abang... Ruang tamu pelbagai guna.. siang dan malam dengan aktivti berbeza... Besar kecil tidak menjadi ukuran... yang penting bagaimana penerimaan hati dan perasaan... Hati kita mesti cukup besar untuk menilai keadaan....

Tahun 1967... sebelum 13 mei 1969... Negara masih dalam fasa pasca kemerdekaan yang penuh cabaran... Baru saja melalui konfrantasi dengan big brother Indonesia yang mengimpikan gagasan Indonesia Raya... diikuti konfrantasi penentangan komunis terhadap penubuhan Malaysia... Ketika itu hampir separuh tanah malaya dikategorikan kawasan hitam... Grik tak terkecuali kerana kedudukannya berhampiran sempadan Thailand dan struktur geografi dikelilingi hutan belantara gunung ganang... menjadi syurga selamat bagi gorila komentang... Disitu duduknya Chin Peng.. Rashid mohidin... Samsiah Pakih... pembesar dan inspirasi idola pembebasan malaya... Kegagalan perjanjian damai baling antara Tunku Abdul Rahman dan pembesar komunis Malaya, menyebabkan mereka menjadi penghuni belantara dan perkampungan baru yang berserakan di hulu perak.

Tragidi demontrasi baling oleh penghuni menara gading di era 60an mengambarkan tahap kemunduran di daerah baling dan daerah yang berhampiran... termasuk lah Grik.. Tanpa kemudahan.. tiada elektrik.. tiada kemudahan air yang sempurna.. diburukkan lagi dengan harga getah yang rendah.. menambah derita nestapa... Pelita minyak tanah, air perigi dan sungai menjadi sumber inspirasi kehidupan. Kemampuan kerajaan menyediakan bekalan elektrik terhad kepada generator dan loji kuasa arang batu, semuanya utuk penghuni kota. Begitu juga bekalan air paip untuk memudahan membersih dan memasak. Begitulah kehidupan di kala itu. Siang diterangi sinar mentari.. malam berbalam dalam kelam pelita ayam sambil mengharapkan bula menjelma untuk menerangi alam. Ada ketikanya perintah berkurung di malam hari... angkara komunis yang sentiasa mengintai dan mendamba rezeki dari penduduk kampung.

Dia masih teringat dihujung kampung tentera mendirikan kemah dan pejabat pemerintahan sementara untuk menjaga keamanan kampung dan desa. Setiap batelion akan bermastautin selama 3 bulan sebelum diganti dengan batelion yang baru. Tentera terdiri dari askar Melayu di Raja bertugas membuat rondaan bagi menjaga keamanan. Seolah termenterai perjanjian saling tidak bertemu antara tentera dan komunis... Komunis menghuni di belantara dan Tentera berkampung dipinggir desa.. Jejak perjalanan mereka mudah dikesan walau pun tak terserempak antara satu sama lain. Boleh dipastikan tapak kasut komunis dan tapak kasut askar melayu yang meronda... Kadang kala bersilang seli...

Yang paling mengembirakan apabila berselisih dengan konvoi tentera yang datang dan pergi apabila tempoh mastautin tamat. Setiap kali ada saja rezki ditaburkan oleh mereka para prajurit kepada penduduk dan kanak2 diperjalanan. Jem nenas.. Sardin... Kari daging.. jus minuman yang merupakan bekalan makanan yang mungkin tidak lagi membuka selera mereka. Walau pun sedikit tetapi amat memberi erti.

Meski pun dia dan rakan2 masih kanak2.. tetapi sudah terdedah dengan persenjataan... M16.. GPMG.. pistul.. Rifel.. meriam katak.. kereta perisai... semuanya sudah biasa di sentuh dan dilihat.. kadang-kadang menjadi inspirasi dalam mainan dan gurauan kanak-kanan.Sebab itu, jika ditanya apakah cita-cita bila dewasa... rata2 akan berkata ingin menjadi sebahagian dari tentera.. semuanya ingin berpakaian segak dan mengah bersenjata waja... Persekitaran ini telah mempengaruhi jiwa dia dan rakan2 sepermainan. Apa tidaknya, masing2 begitu kagum dengan kesegakan para prajurit. Terutama ketika peralihan pelatun dan batelion di kem tentera. Ketika itu, Dia dan penduduk sekitar dipertontonkan dengan pancaragam tentera.

Begitulah suasana dan penorama ketika itu.. Diluar kelihatan tenang.. tetapi hakikatnya bergelora menunggu masa untuk terjadi sengketa. Bagi penghuni kampung dan desa, sudah terbiasa... Alah bisa tegal biasa... Kadang kala terpaksa berkurung bila perintah dikeluarkan bagi mengelak bencana...




Nostalgia Rumah Usang 2

Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung... itu lah bidalan orang tua-tua yang penuh dengan erti dan makna... di mana kita bertapak.. disitu kita berpijak... setiap bumi dipijak penuh dengan pengertian dan hanya dimengerti oleh mereka yang benar2 mengerti..

Penghijrahan ke penempatan baru.. dengan suasana baru, jauh dari keriuhan kota dan druman kederaan.. semuanya berlaku sekelip mata.. dia brtandang dan bertamu dengan suasana baru.. dengan siulan burung di pagi hari.. kiraian murai batu sambil berkicau... dengusan ungka bertangan panjang dan lutong bercelak putih di dahu... sayup-sayup bersahutan dari pergunungan... Daerah yang diumpamakan tempat jin bertendang.... Disitu kehidupannya bermula....

Sebelumnya dia menginap dirumah teres pekerja.. yang cukup alas kadar untuk berteduh dengan kejiranan melayu dan india... kini dia menghuni sebuah banglow kayu bertiang tinggi beratap asbestos... Tidak timbul masalah kasinogenik... tak terfikir akan bahaya cancer akibat habuk dan wap asbestos yang dihidu saban hari... Banglow dengan satu bilik, ruang tamu dan dapur di atas tanah seluas suku ekar rasanya cukup selesa berbanding dahulu.. Tapi kene ingat.. Ini daerah penghijrahan yang baru.. walau pun di Tanah Melayu... tetapi tetap berbeza cuaca dan suasana...

Grik... mungkin tersilap tulis... agaknya dari perkataan greece... ada cerita disebalik nama, letaknya hampir ke utara semenanjung, lebih kurang 40 km dari betong iaitu salah satu pintu sempadan siam-malaysia... persinggahan popular bagi setengah lelaki mencari saki baki kenikmatan dunia yang berdaki hitam... Istilah perempuan siam.. mencuit hati.. digambarkan senyuman mesra.. semanis madu.. layanan gemalai selembut bayu... Itu lah anggunnya jenama siam.. hinggakan buah-buahan siam menjadi juadah diidamkan... Jambu siam... Mempelam siap.. Dokong siam.. Beras siam... Durian siam... semuanya melambangkan kualiti tersendiri... kemanisan yang tersendiri ... seiras gadis siam yang menggoda..

Tarikan betong membawa seribu makna... bagi para isteri, mereka akan tersentak jika sang suami dikatakan melancung ke betong... Bagi keluarga akan tergambar kegembiraan bila ayah ibu adik dan kakak bercadang melawat betong.. Rasa tersentak dan rasa gembira atas dua sebab berebeza...

Tersentak kerana takut-takut jikalau suami terkene kenyitan mata gadis betong yang menggoda.. manakan tidak.. bukan hanya kerana dosa dari noda.. tetapi berkemungkinan sang suami membawa bala... tika itu sudah menular sakit lelaki bernama SIPLIS... Anunya bernanah dan menjangkiti pasangan.... Doa disimpang maklaikat 44... Rasa gembira kerana telah tergambar barang berjenama siam yang sentiasa dinanti.....

Grik .. walau pun daerah hulu yang sukar dihubungi kerana kedudukannya hampir dipergunungan.. ketinggian 1000 kaki dari aras laut... tetapi telah tercatat dalam sejarah penentangan terhadap pendudukan jepung di Tanah Melayu.. Disitu lah tempat di mana army force 46 dicampak dari udara ditengah belantara setelah diterbangkan beribu batu dari congo Afrika oleh tentera british... Di daerah itu lah..tempat menyusun langkah penentangan di negeri perak. Sebahagian dari peneroka merupakan bekas wira jagat force 46 yang selalu bernostalgia dengan kenangan manis dan pahit ketika perang. Semangat waja kepewiraan ini dicurah ke bumi membina pengharapan dan kehidupan baru.

Daerah belantara yang baru dibuka.. memberikan penorama pagi yang amat dingin berkabus.. sejuknya membeku hingga ke tulang... pandangan berbalam-balam miski pun hanya 100 meter kehadapan... Nafas dihembus.. keluar asap persis naga... Air dikali sejuk bedi.. Minyak didapur lena ketiduran membeku... Mawas dan ungka serta lotong bersahutan kedinginan... Tapi awas bila mentari menggalah... sinar teriknya memamah tubuh amat perit sekali... ketika itu.. rumah ibarat ketuhat microwave... mengering dan menyejat air dalam tubuh... kepanasan.... Di malam hari.. tiada yang sanggup membogelkan dada... kesejukan terasa membawa ke fajar pagi......

Itulah Daerah baru... Penghijrahan baru... Teratak baru... Kehidupan baru...











Sunday, March 27, 2011

Nostalgia Rumah Usang 1

Sejarah suatu yang amat berharga... mencatat perjalanan hidup setiap hamba Allah melata di bumi ini, selepas berjanji setia pada Sang Pencipta yang MahaKuasa..

Dari alam roh... benih siapa dipilih.. di rahim mana ia berputik... Di perut mana ia dikandung.. di bumi mana ia lahir.. kalangan bani mana ia berpaut.... di daerah mana ia dibesarkan, bertatih dan berlari... di teratak mana ia belajar mengerti hidup... di sekolah mana ia belajar mengeja dan membilang.... di mana kesudahan hanyatnya ....Takdir yang maha esa menentukan..

Takdir!!!!.... bukan semua insan menerima... sesuatu perkara beralaskan takdir.. Ada yang merasakan "takdir" hanya sekadar alasan atas sesaorang... ada yang berkata.. itu sekadar suatu pelarian pada satu permasalahan... Tapi hakikat tetap hakikat... tiada daya kita sebagai insan untuk mencipta dan menolak, apatah lagi menongkah takdir Yang Maha Kuasa.... Cuma.... seringkali takdir seiras usaha...  Tapi bagi yang alpa tetap merasa itu lah hasil usaha dirinya sahaja...

Takdir.. Rumah usang tempat dia bertatih.. meniti zaman kanak2.. dan remaja... terasa bangga berada disitu... meski pun serba kekurangan... Itu lah tuah diri dilalui.. penuh gembira dan ceria... dengan flora dan fauna yang mengasyikkan.. yang dikelilingi penorama bukit bukau menjadi tulang belakang tanah melayu tercinta.. itu lah Banjaran Titiwangsa...


Pengkesahan hidupnya bermula di sana seawal usia 6 tahun.. berhijrah dari rumah kongsi penempatan pekerja lombong timah di teronoh... ke daerah ulu yang belum dinoda dan ternoda. Masih tergambar diingatannya... sebuah desa yang bernama tukang sidin... di daerah Teluk Enson..... di mana dia mula melihat kesamaran dunia... Kehidupan dimulakan dengan laungan takbir dini hari... tika ayam masih belum berkokok... burung jampuk baru saja selesai bersahutan... ungas malam baru melenakan mata...


Di kedamaian desa yang permai... dikelilingi sawah bendang yang luas terbentang...dia mula belajar bertatih.. bertutur.. mendengar dendangan irama rimba dan sahutan burung pipit menuai padi... amat menenteramkan jiwa.... Seawal usia itulah dia berhijrah menemani ibu dan abah mencari rezeki dipadang pasir buatan manusia... perlombongan bijih timah... Teronoh Mains... bersama deruman bunyi kapal korek menghemburkan timah hasil bumi yang amat berharga...


Di sana dia berdiri belari..  jatuh dan bangun...  tanpa mengenal lelah dan sakit... Kenakalan kanak2 lelaki diwarisi...  seusia itu sudah meledakkan mercun dipagi raya...  Manakan tidak... masih tergayang sanar-samar diingatan bagaimana jari halus berdarah.. dik kerna letupan mercun dalam gengaman... Pun begitu... tidak mampu menjadi tauladan... masih ghairah mencuba dan mencuba... tiada istilah takut dan serik... parang ... pisau jadi sebahagian mainan... memotong menebas apa saja dihadapan..  


Itu lah kehidupan diawal usia masa lampau...  tiada kereta... senapang.. pistul mainan ..... jangan kan PS2 atau komputer... yang masih berada di alam roh dunia... tiada lagi dalam khayalan manusia...  Keringat abah cuma cukup untuk kesenambungan hidup... mengalas perut agar tidak berdendang heavy metal rock.. tidak juga kerancakan pop yeh yeh A.Ramli... L.Ramli... atau Ahmad Jais, ....... cukuplah sekadar dendangan keroncong yang mendayu... Sanisahuri..


Dia di sana... hingga usia sebanyak jari sebelah tangan... kerana penghijrahan panggilan pertiwi mengabdikan diri kepada tanah..   "Kita perlu berhijrah... Hijrah jasad.. Hijrah Roh... Menuruti sunnah Nabi dan para sahabat ...  - Hijrah membawa berkat... mengubah pola kehidupan... mengubah batu menjadi sabut...  mengubah segalanya dalam kehidupan"... Telegram.. membawa berita, saat hijrah sudah tiba...  maka bermula lah perjalanan yang dekat tetapi terasa jauh.. menuju ke destinasi yang baru....