Rumah ku

Rumah ku
Bandar Putra

Sunday, August 8, 2010

Pesan Abah 2


Salam

Allah berfirman dalam surah Luqman

"Wahai anak ku, Jangan engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah ada lah benar-benar kezaliman yang besar' (Luqman, sebahagian ayat 13)

"Wahai anakku, laksanakanlah solat dan suruhlah manusia berbuat yang makruf dan cegahlah mereka dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting." (Luqman, ayat 17)

Anak-anak ku... Hidup kita bermatlamat mengabdikan diri kepada Allah. Perbaiki lah hubungan dengan Allah menerusi amalan kebaikan dan melaksanakan segala perintah Allah seperti yang dinasihatkan oleh Luqman kepada anaknya. Jangan kita leka dengan kehidupan dunia dan keseronokan dunia. Apa yang ada di dunia ini tak lain hanyalah sebagai alat untuk melaksanakan tugas kita sebagai hamba Allah. Makan kita.. minum kita... berkerja, berkeluarga dan apa saja yang kita lakukan pasti dalam pengetahuan Allah dan salurkanlah atas niat demi Allah.

Tidak guna kita hidup.. jika kehidupan kita ini tidak memberi manfaat kepada kita di alam akhirat nanti. Tidak guna kita makan.. jika makan itu hanya untuk memuaskan nafsu.. tidak untuk membantu kita menunaikan ibadat kerana Allah... Tidak guna kita berharta jika harta itu melalaikan dan menyebabkan kita sesat.. Apa saja kita lakukan mesti lah kerana Allah. Tapi.. kita ini manusia yang sering melakukan kesalahan dan kesilapan. Allah maha mengetahui akan sifat hambanya. Maka selalulah meeringankan diri untuk memohon keampunan kepada Allah.. Lakukan lah solat taubat dan bertaubatlah kepada Allah atas segala kesalahan yang sedar dan tidak sedar kita lakukan. 

Perkukuhkan lah diri dengan agama..  Inshaallah hidup kita tidak sia-sia....

Pesan Abah 1

Salam anak-anak semua

abah saja hantar email ni just as remainder kepada anak-anak tentang tangung jawab dalam kehidupan. Harap anak2 semua ambil perhatian dan bagi masa untuk membaca dan meneliti isi kandungan email ni. Isu yang akan abah utarakan;

1. Tangungjawab kepada Allah

2. Tangung Jawab anak-anak dalam keluarga terutamanya kepada kedua ibu bapa

3. Tangung Jawab membina keluarga

Berhubung perkara pertama, iaitu tangung jawab kita sebagai hamba Allah kepada pencipta kita iaitu Allah telah jelas dan terang, rasa-rasanya masing-masing telah ada ilmu tentang hal ini. Dah tau rukun iman dan rukun Islam yang merupakan tonggak kepada kehidupan kita. Apa yang abah nak tekankan, adalah berkaitan dengan rukun Islam yang pertama iaitu Solat. Pada masa skg ni.. ramai yang telah mengabaikan solat. Seangkan solat merupakan tanggak kepada agama dan merupakan satu cara kita berhubung dengan Allah. Melalui solat kita sebenarnya berdoa kepada Allah agar kita ni sentiasa dalam peliharaannya.. Rasanya semua anak-anak tau hal ini.

Besar ertinya solat dalam kehidupan kita. Kita tak boleh pandang ringan atau ambil ringan. Ramai yang berkata berdasarkan pengalaman hidup.... " Kehidupan kita bergantung kepada solat"... memang betul. Contohnya menjaga waktu solat. Bagi orang yang berdisiplin, dia akan mejaga waktu solat. Solat dilakukan dalam waktunya dan sesegera mungkin.. tidak bertangguh. Inshaallah dalam kerja yang lain pun dia tak akan bertanguh.. Kalau orang yang suka menangguhkan kerja... kemungkinan besar solatnya juga selalu ditangguhkan.. selalu dilewatkan.

Jangan sekali-kali meninggalkan waktu solat. Satu waktu yang kita tinggal, tak akan boleh diganti dan banyak kerugiannya. Bukan itu saja, meninggalkan solat merupakan sebahagian dari DOSA BESAR. Berat tangungannya.

Jika sempurna solat kita.. inshaallah akan sempurna agama kita. Orang yang betul2 solat akan meninggalkan kerja2 yang mungkar dan melaksanakan yang makruf. Kalau perempuan tu akan menjaga aurat2 nya.. tak lah terbogel sana sini...

setakat ini dulu... untuk siri yang akan datang.